Feed on
Posts
comments

Cuba lihat baik-baik kandungan ubat gigi yang anda guna sekarang. Mungkin ada di kalangan anda menggunakan ubat gigi jenama Cxx, jenama Dxx, jenama O-B dan sebagainya. Ada tak ia mengandungi bahan Tricalcium phosphate atau Dicalcium phosphate.

Haa ni nak bagi tau ni. Menurut Wikipedia, Tricalcium phosphate ini adalah sebatian formula Ca3(PO4)2. (Kami sendiri pun tak paham formula ni). Ia juga dikenali sebagai calcium orthophosphate, tertiary calcium phosphate, tribasic calcium phosphate, atau “bone ash”. Lahh..secara ringkasnya calcium phosphate ini merupakan sebatian utama produk hasil dari tulang. Maka justeru itu persoalan di sini tulang apakah yang digunapakai. Menurut laman web ini, tulang and gigi haiwan bertulang belakang (vertebrate animals) merupakan asas dalam penghasilan
calcium phosphate.

Kami pun ringankan tulang menaip dalam google mencari negara manakah yang menghasilkan bahan yang meragukan ini. Kebanyakkan negara yang mengeluarkan bahan Tricalcium phosphate atau Dicalcium phosphate adalah negara China, (ingat tak kisah melamin dalam susu).

Sehingga kini tiada negara Islam yang menghasilkan Tricalcium phosphate atau Dicalcium phosphate berasaskan tulang haiwan yang disembelih secara hukum syarak. Justeru itu marilah kita menukar ubat gigi kita sebagai langkah pertama kita membersihkan diri kita dari bahan yang meragukan.

HPA sdn bhd telah lama menghasilkan ubat gigi herba tanpa bahan-bahan tersebut di atas. Tambahan pula ia tiada Florida dan bahan-bahan kimia yang mengancam pengguna. Ubat gigi ini diperkuatkan dengan khasiat daun mambu and cengkeh. Daun mambu (Azadirachta indica) terkenal sebagai anti-septik atau anti-bakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang. Manakala cengkeh (Eugenia caryophyllata) dapat menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakkan gigi serta menyegarkan dan mengharumkan nafas.

Bookmark and Share

Suatu hari, masuklah Rasulullah SAW menemui putrinya Fatimah. Didapati putrinya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggiling tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah bertanya padanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah, semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis”. Fatimah berkata “Ayahanda, menggiling dan urusan-urusan rumahtanggalah yang mnyebabkan anakanda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah disisi putrinya.

Fatimah melanjutkan perkataannya. “Ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta ‘Ali mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong menggiling gandum dan menerjakan pekerjaan-pekerjaan dirumah?” Mendengar perkataan putrinya, maka bangunlah Rasulullah mendekatai penggiling itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya didalam penggiling itu seraya diucapkannya ‘Bismillahirrohmanirrohim”. Penggiling tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah. Rasulullah SAW meletakkan syair kedalam penggiling itu dengan tangannya sedangkan penggiling itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digiling.

Rasulullah SAW berkata kepada penggiling tersebut, “Berhentilah berputar dengan izin Allah”, maka penggiling itu berhenti berputar. Lalu penggiling itu berkata-kata dengan izin Allah yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Katanya dalam bahasa arab yang fasih, “Ya Rasulullah, Demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda dengan kebenaran sebagai nabi dan rasul-Nya, kalaulah Baginda menyuruh hamba menggiling syair dari masyrik dan maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah suatu ayat yang berbunyi, ertinya, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan. Maka hamba takut ya Rasulullahkelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka”.
Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggiling itu, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah didalam syurga”. Maka bergembiralah penggiling batu tersebut mendengar berita itukemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada putrinya,”Jika Allah menghendaki wahai Fatimah nescaya penggiling itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang member makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetanggganya maka Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga kauthar pada hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu, semua adalah keredhoan suami terhadap isterinya. Jika suami mu tidak redho denganmu, tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redho suami itu daripada Allah dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah?”

“Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkan dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan Allah akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau mengemas rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), “teruskanlah amalmu maka Allah telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah akan memberinyanya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah akan meringankan sakaratulmautnya dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah akan menyelamatkan dari api neraka dan selamatlah ia melintas diatas titian sirat”.

Bookmark and Share

adik…

di sudut keheningan mlm…

hatiku berbicara sendirian…

terkenang pada hatimu…

pada senyum tawamu…

pada tangisan dan peluh usahamu..

pada kerut wajahmu…

sesekali….terdetik di hatiku…

untuk bertemumu..

mengeratkn ikatan yang sedia tersulm….

mencurhkan kasih yg sarat untukmu..

sesekali jua terimbau memori bersamamu…..

masih terasa hangat kasih pelukan sygmu…

masih terasa sakit dadaku melihat tangisan kesedihanmu..

masih ingin mengukir senyum menyentuh wajah kerianganmu…

syg dirimu slalu dalm hatiku walau dirimu jauh dri pandangan mataku….

Bookmark and Share

seorg gadis…

Seorang gadis itu…
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati … telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya …

Seorang gadis itu …
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi … cinta untuk dirasa …
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia … ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia … begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah …

http://img517.imageshack.us/img517/462/gadisayufg7.jpg


Seorang gadis itu …
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini … dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni’matNya …


Seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya … bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah …


Seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji … seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah … kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda … bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

http://img401.imageshack.us/img401/5127/awakkjl6.jpg


Seorang gadis itu …
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara … dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya … dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya …

Seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan …


Seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari … dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya … kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini … perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama … dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni’mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu … anugerah istimewa kepada dunia!

http://www.al-islam.org/gallery/kids/Clipart/children/0781.JPG


Seorang gadis itu …

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah … anak ummi & ayah, muslimah yang solehah … kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma’rifatullah …


Seorang gadis itu …
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan … seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu … menuju cintaNYA yang ABADI

Bookmark and Share

bidadari….

Bidadari..Bidadari…
Temanilah resahkuBidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

 

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk DirikuBidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semulaKau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga


 

Bookmark and Share

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznyaDan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Bookmark and Share

pesanan….

 

” Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu

Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suamiTetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.

Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu

Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum

Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan…
Air cukup memada
Bagi yang tiadaJaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua

Hulurkan tanganmu….
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia

Allah saja yang menentukan nasibmu….. 

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu”
Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu”

Bookmark and Share

yang tercinta…

Detik-detik Rasullulah SAW menghadapi sakaratul maut…

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkanAllah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,”Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur’an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

“Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.”Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa
salim ‘alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Amin…Wallahualam.

Bookmark and Share

huhu


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang… .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia… .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan… ..

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai…

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah …

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha… tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW…

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya… kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita…

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria…

 

Bookmark and Share

seorang….

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan
buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung
adalah cintaNya…
Tolong beritahu si dia, cinta manusia
bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan
menyintaiku lebih dari dia menyintai
Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan
mengingatiku lebih dari dia mengingati
Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan
mendoakanku lebih dari dia mendoakan
kedua ibubapanya…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan
ibubapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat
kerana Imannya bukan Rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih
cintakan Zuhudnya bukan Harta …
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya
kerana Santunnya…

Tolong sedarkan si dia aku milik Yang
Maha Esa…
Tolong sedarkan si dia aku masih milik
keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tangungjawabnya
besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan pada si dia, usah ucap
cinta di kala cita-cita masih belum
terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan
cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak
menjadi penyebab bertambahnya rindunya…

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu
menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya aku membiarkan
Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak
mahu melekakannya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu
dia berjaya dalam mengejar impian dan
cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah
penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta
kepada ALLAH tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan
ini terjaga selagi dia
menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku
tidak mampu memberitahunya sendiri…

HANYA ENGKAU YA ALLAH MENGETAHUI SIAPA
SI DIA..MOGA PESANANKU INI SAMPAI
PADANYA WALAU AKU SENDIRI TIDAK
MENGETAHUI SIAPA DAN DI MANA SI
DIA..MOGA DIA SEEKOR LEBAH YANG SENTIASA
MEMUJI KEAGUNGAN YANG MAHA KUASA
MEMASUKI TAMAN LARANGAN DENGAN SOPAN
SANTUN NYA DAN BERTEMU MAWAR BERDURIYANG
TERJAGA OLEH TUANNYA…SIMPANLAH PESANAN
KU INI SEHINGGA ENGKAU BERTEMU DIRIKU
SUATU HARI NANTI…
Rasullullah saw Bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu
amalan itu bergantung pada niat. Dan
setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang di
niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah
semata-mata taat kepada ALLAH SWTdan
Rasulnya, maka hijrahnya itu di terima
ALLAH SWT dan Rasulnya. Dan sesiapa yang
berhijrah kerana keuntungan dunia yang
di kejarnya, ataukerana perempuan yang
akan di kahwini, maka hijrahnya itu
terhenti pada apa yang ia niat hijrah
kepadanya”

Bookmark and Share

Older Posts »